Saturday, January 25, 2014

Kisah & Teladan Untuk Anak-Anak Kita III : TIKUS, KUCING & ANJING !

Kisah dan Teladan–Tikus, Kucing, Anjing

cartoon-cat-dog-mouse-1Tiga ekor haiwan yang bermusuh antara satu sama lain tinggal di dalam sebuah rumah. Masing-masing sentiasa berhati-hati, supaya sentiasa selamat.

Tikus akan keluar dari tempat tinggalnya hanya jika tidak ada suara kucing di luar. Kucing akan keluar jika tidak ada suara anjing di luar.


cgan119Pada waktu-waktu yang lepas, cara itu memang sentiasa berhasil. Tidak lama kemuadian, tikus tidak lagi memerlukan cara begitu lagi kerana kucing sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin sudah pergi jauh, mungkin sudah mati. Apa yang di dengar oleh tikus kini ialah suara anjing sahaja. Bebaslah dia keluar masuk dari kediamannya kerana anjing tidak pernah mengganggunya.

Suatu hari, tikus keluar seperti biasa. Bunyi anjing menyalak beberapa kali di luar kediamannya tidak dipedulikan kerana dia sudah biasa mendengarnya- tidak ada apa-apa bahaya. Sebaik sahaja dia keluar dari kediamannya, zapp!!!, ia di baham oleh kucing.

Tikus terkejut bukan kepalang. Tamatlah riwayatnya pada hari ini.0511-0909-0912-5863
Sebelum riwayatnya tamat, sempat ia bertanya kepada kucing. “Kucing, kenapa kamu ini memang kucing tetapi mengapa kamu bersuara anjing?”

“Wahai tikus makananku, sekarang ini sudah masuk abad 21, kalau aku hanya tahu satu bahasa sahaja, susahlah aku nak cari makan. Kamu tahu ke mana aku menghilang selama ini? Aku pergi belajar bahasa.”


MORAL
Zaman sekarang ini dunia semakin berkembang dengan pesatnya. Setiap hari sudah pasti ada teknnologi baru yang terhasil. Kadang kala cara kerja atau teknologi yang kita gunakan sudah ketinggalan dan ada yang masih boleh digunakan lagi. Jadi adalah menjadi tugas kita untuk terus mempelajari cara-cara yang berkesan, bersesuaian dengan tugas kita. Jika kita masih lagi menggunakan cara lama itu sudah pasti kurang berkesan, pastinya kita sentiasa ketinggalan dan tidak dapat bersaing dengan orang lain. Kemahuan untuk belajar sesuatu yang baru adalah kunci kepada kejayaan.

No comments:

Post a Comment