Saturday, January 25, 2014

Kisah & Teladan Untuk Anak-Anak : MUSANG YANG BODOH SOMBONG !

Kisah dan Teladan - Musang Yang Bodoh Sombong


Di dalam sebuah hutan, tinggallah seekor musang yang sangat sombong. Dia percaya dirinya lebih hebat, lebih pandai dari haiwan lain.
Kerana merasakan dirinya lebih hebat, musang tersebut enggan belajar, enggan mengambil tahu sebarang perkara-perkara baru.

cartoon-fox-character-sketch-coghill“Tidak ada haiwan yang lebih hebat dari aku.” Kata musang. “Aku tak perlukan senjata , tetapi manusia lari bila terjumpa aku. Kenapa? Kerana aku boleh mengeluarkan bau yang busuk. Aku juga boleh hidup di darat dan juga di atas pokok. Tempat tidur aku tinggi seperti singgahsana, nun di atas pokok. Bukan macam kamu semua, tidur tak tentu tempat. Aku boleh hidup di hutan, di kampung di pekan. Bukan macam kamu semua hanya terperuk di hutan ini. Aku pandai, bukan bodoh seperi kamu.” Musang berkata dengan sombong dan bongkaknya.


Haiwan-haiwan lain yang mendengar hanya mendiamkan diri kerana sudah biasa dengan kata-kata musang yang sombong itu. Mereka tahu setiap haiwan ada kelebihan masing-masing. Jika meraka hebat sudah pasti ada lagi hiwan yang lebih hebat dari mereka. Kerana ini mereka hanya memekakkan telingfa setiap kali musang menyombong begitu.

Kerana kesombongannya, musang tidak mempunyai kawan. Tidak ada haiwan pun yang mahu memberikan bantuan sekiranya dia memerlukan bantuan. Sekiranya musang meminta pertolongan, haiwan lain akan berkata, “Bukankah kamu lebih hebat dari kami? Mengapa pula kamu nak minta pertolongan dari kami yang tak hebat ni? Bukankah kamu lebih pandai dan kami ni bodoh?” mereka memulangkan paku buah keras.

Musang tetap  dengan kenagkuhannya, “Aku sengaja berpura-pura minta tolonng. Sebenarnya aku tak perlukan pertolongan dari kamu sebab martabat kamu lebih rendah dari aku.”
Fox2Pada musim hujan, tidak banyak makanan didalam hutan. Banyak haiwan yang mengalami kelaparan. Mereka makan seadanya, tidak dapat bermewah-=mewah seperti dahulu. Pokok-pokok tidak mengeluarkan buah yang banyak.

Musang yang sombong itu duduk di atas pokok dalam keadaan kelaparan. Sudah beberapa hari dia tidak makan secukupnya. Hendak meminta pertolongan dari haiwan lain dirasakan tak mungkin, kerana kesombongannya pada masa lalu. Sekarang ia bersedia untuk makan apa sahaja haiwan, walaupun selama ini ia hanya makan buah-buahan sahaja.

Tidak jauh dari pokok itu kelihatan kura-kura sedang merangkak keluar dari sungai. Musang terlihat kura-kura dan berkata, “Itu dia makanan aku.” Ia pun menurunbi pokok dan terus menerkam kura-kura.crazy-turtle-cartoon-comic-2

Kura-kura tersentak dan terus menyembunyikan dirinya didalam badannya yang keras itu. Musang yang bodoh terus mengigit badan kura-kura. “Huh! Keras!” Katanya.

Dari dalam badannya, kura-kura berkata, “Aku kasihan melihat  kamu yang kelaparan.Tak apalah, kamu boleh makan sedikit bahagian badan aku. Tapi badan aku ni keras, kalau kamu nak juga, rendamkan aku dalam air, nanti lembutlah badan aku ini.”swimming-turtle-thumb8282076

Musang terus menolak kura-kura ke dalam sungai, harapannya supaya badan kura-kura menjadi lembut. Sesudah berada di dalam air, kura-kura berkata, “Selamat tinggal wahai musang yang bodoh. Dahlah bodoh, sombong pulak tu.”


Moral : Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kesombongan dan kemegahan diri hanya akan mengundang kebencian orang lain terhadap kita.  Di dalam apa jua yang kita lakukan jangan sekali-kali kita bersikap bermegah-megah dan sombong kerana, sekiranya kita hebat, sudah pasti ada orang lain yang lebih hebat dari kita. Kita juga perlu sentiasa belajar dari orang yang lebih hebat dari kita. Sekiranya kita sombong sudah pasti tidak ada orang yang ingain berkongsi ilmu dengan kita dan akhirnya kita hanya akan menghadapi kegagalan.



Sumber cerita:

  1. Buku Khazanah Inspirasi 36 cerita menarik – Azman Ching

No comments:

Post a Comment