Wednesday, July 26, 2017

Akta Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran 2007

Akta Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Migran 2007

  • 24 April 2007 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan di Parlimen dan telah dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008.
  • 3 Ogos 2010, Parlimen telah meluluskan cadangan Kerajaan untuk meminda Akta ini bagi memasukkan kesalahan berhubung penyeludupan migran selain daripada meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan pemerdagangan orang.
  • 15 November 2010 Pindaan ini telah mula berkuatkuasa dan Akta ini kini dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
KESALAHAN-KESALAHAN PEMERDAGANGAN ORANG
SEKSYEN
KESALAHAN
PENALTI
12
Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda
13
Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi dengan satu atau lebih cara berikut :
(a) Ancaman;
(b) Penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;
(c) Pemelarian;
(d) Fraud;
(e) Perdayaan;
(f) Penyalahgunaan kuasa;
(g) Penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada perbuatan pemerdagangan orang; atau
(h) Pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda
14
Memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak melebihi dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda
15
Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda lima ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh juga dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu
15A
Kesalahan membawa dalam tansit orang yang diperdagangkan melalui Malaysia (darat, laut dan udara) atau mengatur atau memudahkan perbuatan itu dilakukan
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih tujuh (7) tahun dan boleh dikenakan denda
KESALAHAN-KESALAHAN PENYELUDUPAN MIGRAN
SEKSYEN
KESALAHAN
PENALTI
26A
Kesalahan menjalankan penyeludupan migran
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
26B
Kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat melibatkan :
(a) Berniat untuk mengeksploitasi migran yang diseludup itu selepas kemasukannya ke dalam negara penerima atau negara transit sama ada oleh orang itu sendiri atau oleh orang lain;
(b) Memperlakukan migran yang diseludup itu dengan layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; atau
(c) Kelakuan orang itu menimbulkan risiko kematian atau kemudaratan yang serius terhadap migran yang diseludup itu.
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tiga (3) tahun tetapi tidak lebih dua puluh (20) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
26C
Kesalahan membawa dalam transit seorang migran yang diseludup menerusi Malaysia melalui darat, laut, atau udara atau selainnya mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu.
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tujuh (7) tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
26D
Kesalahan mendapatkan keuntungan daripada kesalahan penyeludupan migran
Apabila disabitkan, hukuman penjara tidak kurang tujuh (7) tahun dan tidak lebih lima belas (15) tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya dan boleh dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu.

No comments:

Post a Comment